Tuesday 22 November 2011

Penyampaian Laptop 1Malaysia

KOTA MARUDU: Satu upacara penyampaian Laptop 1Malaysia di adakan di Dewan Komuniti Kota Marudu. Majlis penyampaian tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Dr.Maximus J.Ongkili Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P168 Kota Marudu. Kira-kira 500 orang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Pengerusi KRT, murid-murid sekolah rendah dan menengah telah menerima laptop masing-masing.Dalam ucapan perasmian, Datuk Seri Panglima Dr.Maximus J.Ongkili menyatakan bahawa pemberian laptop ini akan membantu kumpulan sasaran untuk meningkatkan pengurusan di peringkat cawangan dan kampung. Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar laptop ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment