Friday 19 September 2014

ISU KEBOCORAN SOALAN UPSR 2014



Saban tahun ada sahaja berlaku kebocoran soalan peperiksaan awam di negara kita. Pada 9 September 2014 yang lalu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah berlangsung di seluruh negara. Namun, apa yang mengecewakan ialah kertas peperiksaan subjek Bahasa Inggeris dan Matematik terpaksa diulang semula pada 30 September 2014 ekoran berlaku kebocoran soalan tersebut. Sedikit sebanyak pengulangan dua subjek ini yang dijadualkan pada 30 September 2014 akan memberikan tekanan kepada pelajar dan warga pendidik. Apa tidaknya, calon UPSR sepatutnya menjalankan aktiviti mengikut program sekolah selepas menduduki peperiksaaan tersebut, sebaliknya mereka terpaksa memberikan persediaan sekali lagi bagi menghadapi dua kertas yang akan diulang pada penghujung bulan ini.  

Mengikut tinjauan rambang di sebuah sekolah Daerah Pitas, Sabah, pelajar tahun enam atau calon UPSR rata-rata kesal dengan apa yang telah berlaku dan sudah kehilangan fokus bagi menghadapi peperiksaan dua subjek yang terpaksa diulang. Mereka berpendapat bahawa sepatutnya perkara sedemikian tidak berlaku. Tetapi ada juga pelajar yang akur dengan apa yang telah terjadi itu dan menhadapi dengan hati yang tenang.

Saya juga telah meninjau beberapa pendapat dalam kalangan guru di sekolah tersebut tentang kebocoran soalan UPSR tahun ini. Bagi mereka kejadian kebocoran ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada mereka yang terlibat sambil mengharapkan supaya mereka yang terlibat membocorkan kertas soalan tersebut dapat diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.

Namun, siapakah yang harus kita persalahkan dalam isu kebocoran soalan UPSR ini. Adakah kita menyalahkan KPM, Lembaga Peperiksaan Awam, guru dan pemimpin sekolah? Bagi saya, apapun yang dapat disimpulkan selepas ini, kita terpaksa akur bahawa setiap orang yang berkepentingan dalam penyediaan soalan ini khususnya Lembaga Peperiksaan awan tidak harus menarik nafas lega kerana mereka juga harus bertanggungjawab dalam hal kebocoran ini. Saya percaya bahawa Lembaga peperiksaan telahpun melaksanakan tugasan penyediaan soalan peperiksaan awam saban tahun dengan berpandukan prosedur yang telah ditetapkan. Tetapi adakah prosedur itu dapat dipatuhi dari awal sehinggalah di peringkat akhir. Dan adakah prosedur ini dipantau oleh pihak yang berkenaan sehingga di peringkat akar umbi? Semua persoalan ini harus dijawab dengan jujur dan terbuka dan bukannya menuding jari kepada seseorang.

Pada saya isu kebocoran soalan peperiksaan UPSR kali ini bukanya suatu yang baru. Ini kerana pada tahun-tahun yang sudah kita juga pernah mendengar isu kebocoran soalan peperiksaan awam yang lain seperti SPM dan sebagainya. Cuma ianya tidak diperbesar-besarkan. Bagi saya, kejadian ini harus menjadi pengajaran kepada kita supaya masa akan datang perkara ini tidak berulang lagi. Kredibiliti dan integriti harus menjadi pengangan setiap yang terlibat dan perlu ada pemantauan yang rapi di peringkat akar umbi pada masa pelaksanaan setiap peperiksaan awam di Malaysia.

Wednesday 14 December 2011

Video Kepentingan ICT



Profesor Madya Don MacLean dari International Institute For Sustainable Development (IISD) membincangkan peranan yang penting dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kemajuan pembangunan mampan.

E Learning SD Sains